Sunday, March 4, 2012

Sentap

kerja..
kursus kahwin..
lesen kereta..

tiga perkara tengah bermain dalam kepala otak aku sekarang ni.

aku bersyukur sangat2 sebab usaha aku selama ni tak sia2. berjaya jugak aku dapat kerja tu. terima kasih ya Allah! yay yay yay!

daripada tahun lepas lagi aku dengan member2 aku plan nak pergi kursus kahwin. bukan sebab nak kahwin pun. saja nak pergi awal2. konon tak nak menghadapi sebarang kesulitan la kalau dah nak kahwin nanti(andainya kahwin la). tapi mamat tu macam tak nak pergi je kalau aku bawak kawan2. haiz.. aku bukan apa. saedah dah semangat nak pergi. takkan aku nak cancel kot. kesian pulak kat dia. takpe la. esok aku try bincang dengan saedah apa yg patut. sentap jugak la tadi weh.

haiya.. bila boleh bawak kereta entah. nak bawak kat selekoh pun tak pass. mintak2 la takde fail time ujian jpj nanti. amin~


p/s: kenapa aku rasa tak puas hati gila ni eh?

Saturday, March 3, 2012

Wish her happy..

kakak aku Lisa Surihani dah kahwin dah pun. selamat melangkah ke alam baru! walaupun aku tak berapa nak setuju dengan pilihan dia, tapi kalau itu yg buat dia gembira, just wish them luck je lah.

betul kata member aku. perempuan mana tak nak majlis dia sempurna kan? kalau lelaki lain lah. kalau boleh nikah kat masjid pun dah cukup. tak perlu bersanding semua tu. habiskan pitih je. lagipun sanding2 ni tak wajib okay.. tambahkan dosa je semua tu! (cuba cakap camtu kat mak kau, confirm kena sembur)

i wish someday i'll follow her footsteps. well, maybe takde lah ikut sangat kan. aku yakin future husband aku bukan artis, takde lamborghini, and tak reti nak buat filem2 cgi tu semua. cuma, aku harap, majlis perkahwinan aku sempurna. walaupun tak grand mana, tapi cukup untuk buat aku ingat semuanya sampai ke akhir hayat aku. just like what lisa had just been through. full of memories..




p/s: rasa sedih tengok gambar majlis berinai lisa. satu memori yg sangat sweet kan kan? aku pun nak jugak.. tapi aku nak lain sikit. aku nak macam majlis dalam cerita ayat2 cinta. eheee

Thursday, February 2, 2012

Lepaskan beban

susahnya jadi orang bukan warganegara ni!
siang tadi aku keluar dengan salah seorang membe baik a.k.a bff aku, holwatun. kitorang sembang2 pasal kahwin. eh eh dah dewasa rupanya aku ni. keluar dengan dia rasa macam kat form 5 je lagi. huuu..
pastu aku terfikir la nak search apa je dokumen dia nak sebelum kau boleh nikah ni.


cari kat google, keluar banyak info pasal ni.
then seperti yg aku expect, sebabkan aku bukan warganegara, aku kena melalui proses tambahan.
aku kena pergi duta mintak surat pengesahan jadah semua tu. then tiba2, aku rasa bengang. yes bengang!
walaupun aku dah boleh expect benda ni, aku tak tau kenapa aku tetiba boleh rasa bengang. bengang yg tak disangka-sangka.


bila aku selidik balik kenapa aku bengang, aku dah boleh trace sikit punca dia. antaranya, sebab aku dah penat. i've had enough! bak kata orang bijak pandai.
mana taknya. daripada dulu masa nak masuk sekolah, ramai je aku dah susahkan pasal diri aku. nak masuk sekolah tiap2 tahun kena pergi bayar extra yuran kat pejabat pelajaran daerah. yg tu takpe la kot. ada duit setel. tapi masa nak mohon untuk surat kebenaran belajar kat sekolah kerajaan tu, susah dia tuhan jela tau. datang sana, dokumen tak lengkap. kena balik. datang lagi esok, tunggu lagi beberapa bulan. bila datang lepas beberapa bulan tu, ada lagi dokumen diorang lupa mintak. balik lagi rumah, datang lagi esok. ko tak rasa leceh ke? tak rasa bengang ke? lagi2 bila dengar rungutan orang yg uruskan semua ni a.k.a mak and bapak aku la. rasa nak meraung je. orang lain semua dah masuk sekolah. sebabkan kelembapan orang2 yg bengap bingai tu, masa depan aku jadi mangsa. masa depan aku! sekarang siapa nak ganti balik masa aku yg dah terbuang tu? siapa?

bukan setakat ni je susah aku pasal aku bukan warganegara. banyak lagi weh. macam nak buat pasport dulu kat duta, itu pun kena tunggu sebulan untuk interview. what the fuck! orang sendiri pun nak discriminate ke? sakit hati weh..

sekarang ni, let's say nak mintak surat kebenaran kahwin daripada duta, dia mintak pasport, kira setel la sebab aku dah dapat pasport tu. dapat pun sebab pekerja dia tolong. kalau tak, aku tak boleh dapat pasport. nasib baik mak aku tiba2 tergerak nak balik kampung. kalau tidak, sumpah memang aku takkan kahwin la weh.disebabkan apa? disebabkan sebuku pasport nipis yg takde nilainya!


then sekarang nak kahwin kena lagi jejak kaki kat duta and tempat2 seumpamanya. aku tak nak! aku penat! serius la, aku dah tak kisah. aku tak nak jejak kaki pergi duta or imigresen semua tu. kalau kau nak kahwin, kahwin la. tapi jangan paksa aku buat apa yg aku tak nak. tu je. aku tak larat nak terus jadi kuat. aku betul2 penat.

Saturday, January 28, 2012

The Third. =)


Bila terasa deras jantungku
Terisi dengan nada-nada yang resah
Meyakinkanku adanya cinta
 
Cinta
Usah kau ragu
Ia akan selalu menemanimu
Biarkan ia bertamu
 
Cinta
Ku tiada ganti
Cinta
Ku hanya untuk kamu

It has been three years already. Happy anniversary sayang.. ^.^

p/s: He likes my card!

Monday, January 23, 2012

Bukit Cerakah

siang tadi aku keluar beraya! eh sejak bila pulak aku buddhist ni? haha! takpe la. diorang beraya, aku pun enjoy la sekali kan. EncikMistik tu pulak ponteng kerja nak beraya jugak punya pasal. so kami dua orang pergi la habiskan masa dekat bukit cerakah. dengar2 kat situ ada rumah empat musim. time ni tengah musim winter. and bukit cerakah ni also known as bukit cahaya seri alam dan juga taman pertanian malaysia. huh banyak beno namanya!


map dalam kawasan cerakah ni.


letihnye kayuh basikal naik bukit oit! tolak basikal je la yg mampu.


ni la bukit yg banyak menyeksa aku tu.


comel tanda jalan dia.


macam2 nama jalan ada kat sini. try la pergi and tengok sendiri.


basikal tua~~


kesian kena tolak dua2 basikal. hehe.


rehat sambil makan minum kejap kat kafe.

penat naik basikal, so kitorang decide nak naik bas yg disediakan pulak. tak nak kayuh2 lagi dah!


cantik je..


taman haiwan sempat lalu je. tak pergi explore pun.


kat sini ada paintball jugak.


hati2! monyet melintas!


turun dari bas untuk pergi masuk rumah empat musim pulak.


ramai family datang hari ni.


aik ada basikal? boleh bawak ek?


bila nak sampai destinasi ni?


orait dah nampak dah!


ecece.. comel la tu?


pokok bonsai.


jadual musim. bulan 3 nanti nak datang untuk musim bunga pulak la.


kitorang tak boleh masuk main salji dalam ni. just boleh tengok dari platform yg disediakan and tangkap2 gambar je. sedih!


orang salji!


macam reban ayam je belakang tu..


pokok salji pun ada.


area kat sini meriah sikit. maybe sebab orang ramai datang nak masuk rumah empat musim kot. cantik pulak tu.


laluan romantik gitu..



kat mana ni? aku tak pergi pun.


satu family berpiknik. bestnya!


aku tak tau apa fungsi rumah ni.


on the way nak naik bas balik.


lamanya bas ni nak sampai!


akhirnya! dah turun dari bas cepat2 keluar menuju ke saga.


peace terakhir sebelum tinggalkan cerakah!


overall, tempat ni okay la. kalau yg datang nak beriadah memang sesuai. maybe tiap2 minggu lepas ni aku akan pergi sini kot. nak naik basikal and exercise untuk turunkan lemak2 yg ada ni. hehe..


p/s: nak kurus oit!