Thursday, February 2, 2012

Lepaskan beban

susahnya jadi orang bukan warganegara ni!
siang tadi aku keluar dengan salah seorang membe baik a.k.a bff aku, holwatun. kitorang sembang2 pasal kahwin. eh eh dah dewasa rupanya aku ni. keluar dengan dia rasa macam kat form 5 je lagi. huuu..
pastu aku terfikir la nak search apa je dokumen dia nak sebelum kau boleh nikah ni.


cari kat google, keluar banyak info pasal ni.
then seperti yg aku expect, sebabkan aku bukan warganegara, aku kena melalui proses tambahan.
aku kena pergi duta mintak surat pengesahan jadah semua tu. then tiba2, aku rasa bengang. yes bengang!
walaupun aku dah boleh expect benda ni, aku tak tau kenapa aku tetiba boleh rasa bengang. bengang yg tak disangka-sangka.


bila aku selidik balik kenapa aku bengang, aku dah boleh trace sikit punca dia. antaranya, sebab aku dah penat. i've had enough! bak kata orang bijak pandai.
mana taknya. daripada dulu masa nak masuk sekolah, ramai je aku dah susahkan pasal diri aku. nak masuk sekolah tiap2 tahun kena pergi bayar extra yuran kat pejabat pelajaran daerah. yg tu takpe la kot. ada duit setel. tapi masa nak mohon untuk surat kebenaran belajar kat sekolah kerajaan tu, susah dia tuhan jela tau. datang sana, dokumen tak lengkap. kena balik. datang lagi esok, tunggu lagi beberapa bulan. bila datang lepas beberapa bulan tu, ada lagi dokumen diorang lupa mintak. balik lagi rumah, datang lagi esok. ko tak rasa leceh ke? tak rasa bengang ke? lagi2 bila dengar rungutan orang yg uruskan semua ni a.k.a mak and bapak aku la. rasa nak meraung je. orang lain semua dah masuk sekolah. sebabkan kelembapan orang2 yg bengap bingai tu, masa depan aku jadi mangsa. masa depan aku! sekarang siapa nak ganti balik masa aku yg dah terbuang tu? siapa?

bukan setakat ni je susah aku pasal aku bukan warganegara. banyak lagi weh. macam nak buat pasport dulu kat duta, itu pun kena tunggu sebulan untuk interview. what the fuck! orang sendiri pun nak discriminate ke? sakit hati weh..

sekarang ni, let's say nak mintak surat kebenaran kahwin daripada duta, dia mintak pasport, kira setel la sebab aku dah dapat pasport tu. dapat pun sebab pekerja dia tolong. kalau tak, aku tak boleh dapat pasport. nasib baik mak aku tiba2 tergerak nak balik kampung. kalau tidak, sumpah memang aku takkan kahwin la weh.disebabkan apa? disebabkan sebuku pasport nipis yg takde nilainya!


then sekarang nak kahwin kena lagi jejak kaki kat duta and tempat2 seumpamanya. aku tak nak! aku penat! serius la, aku dah tak kisah. aku tak nak jejak kaki pergi duta or imigresen semua tu. kalau kau nak kahwin, kahwin la. tapi jangan paksa aku buat apa yg aku tak nak. tu je. aku tak larat nak terus jadi kuat. aku betul2 penat.